arghhh, dahaga yg amat..dh bape kali bukak tutup peti ais sejak pg td.. dengan keadaan cuaca cam gini... x mkn pun xpe..asal dpt air... korang minum air ape time dahaga??? teman minum air masak a.k.a air putih.... x dpt air manis pun xpe..
mcm smua org tahu,
(kalo ade yg xtahu, meh nk bgtau) ..air masak kan bagus utk kesihatan, dpt melancarkn aliran darah kite, melawaskan..bila dh lawas, maka berat bdn pun bkurangka kan?.wahhh, kurang tu yg suke...hihi.. moh kite tgk, ape lg kebaikan air masak nih..
bile ckup air dlm bdn kite, kite xde la jd kering...ape org puteh ckap..dehidrate?? btul ke teman eja nih?ha...bile dh kering kontan bdn tu, jd letih,jerih,perih,kepih...hehe..melalut dh!.same gak mcm motor xde myk pelincir...larat ke nk bjalan?? kne kasi energy dulu..mau la dia kan?same goes to our body la...
kalo dh kurang air jugak, bdn jd tsekat2..leh dpt strok jugak tau, jgn xtau.. nk ke strok? kalo x moh, minum la air masak byk2.. x caye? korang bace
kat cni
byk lg kebaikan air masak ni kalo korang nk tau..aku godek2 google n jumpe la skit sbyk info.. nih aku share, sblom tu, kredit to
CAHAYA PURNAMA
1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang
tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak
dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.
2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan
gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat
menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan
berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih
menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus
mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk
membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan
tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun
tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air
merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat
menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak
perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk
mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati
penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali
otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan
sistem pernafasan.
AIR kosong PENAWAR pelbagai jenis PENYAKIT
Kajian para sainstis mendapati amalan
minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat.
Japanese Medical Society, misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes
tertentu. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam
penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ini ialah sakit kepala,
sakit-sakit badan, system jantung, arthristis, degupan jantung yang
pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi, meningitis, buah
pinggang, dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun, amalan minum air kosong
sebaik jaga dari tidur ini perlu menigkatkan beberapa peraturan untuk
memastikan keberkesanannya.
1. Minum empat gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum menggosok gigi.
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan dan minum apa-apa selama untuk 45 minit.
3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Selepas 15 minit mengambil sarapan , makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
5. Bagi pesakit yang lanjut usia
dan yang tidak larat minum empat gelas air sekali gus di peringkat
permulaan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat
sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
6. Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
• Tekanan darah tinggi 30 hari.
• Gastrik 10 hari
• Diabetis 30 hari
• Sembelit 10 hari
• Kanser 18 hari
• Tibi 90 hari
7. Pesakit arthritis hanya perlu mengikut rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan
Ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali di peringkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.
• Demikian, berusahalah tidur lena. Jangan tidur pada lewat malam.
Sumber:Kem Pembangunan Kekeluargaan Wanita.
|
Sedap nih! |